Jumaat, 4 September 2015

POWER OF SEDEKAH" INI CERITAKU

salam,

hari ni nk cerita sikit .. celoteh je tau no pic and all, sekarang ni aku rasa kan hdup aku mcm ada je x kena. emm ye la kewangan je still tiap bln mcm x ckp.. ckp ckp makn je la untk sebulan. cuma nk simpan tu rasa mcm x sempat je. ye la skrg dgn GST Nye.. banyak aku baca kt blog pasal 'THE POWER OF SEDEKAH".aku kan selalu ada perasaan nk bersedekah. bila tgk org mintak sedekah hati sayu je. nk sedekah niat di hati tu ada tapi bila buka beg je rasa mcm x cukp je kalu aku bagi mereka.aku mengaku ilmu agama tidak la tinggi mana.. selalu niat je la.. bagi tu kadang 2 je..bukan x pernah bagi cuma kadang 2. tgk berapa duit aku ada n aku akan kira dulu sebelum aku sedekah.. terok kan aku... emm tapi sejak 2 menjak ni hati aku meronta 2 je nk bersedekah.. walaupun x banyak. ada jgk aku selalu buka facebook. kot ada org mintak sedekah atau pertolongan kan. tapi non hado puas aku cari TIADA ok.. emmm bila aku xnak RAMAI je yg post kt FB tu.. emmm niat nk sedekah walaupun x banyak.. tapi harap boleh membantu.

tiba 2 aku teringat tabung masjid kt kedai runcit kt rumah aku tu.. selalu kalu aku beli barang asyik terpandang je tapi x pernah sedekah pun.. adoi perangai aku yg buruk ituuuu stress ok .. hahhahaha
pagi semalm aku dah niat nk sedekah untuk tabung masjid itu.. aku beli la barang mcm biasa.. korang tahu x boleh aku x ingat dan lansung x terpandang pun tabung tu.. aku boleh lupa niat aku tu.. beli barang amik duit n blah terus.. syaitan itu telah ttp mata aku ke ni.. aduhhhhh x dapat lg nk sedekah.. wht the helllll.bila malam sblm tido baru aku teringat niat aku tu.. adoi kedai dah ttp baru aku ingat. sedih plak hati niat x dapat ditunaikan...

tapi aku perasan kan minggu ni rezeki aku murah sgt .. pelik jgk dlm minggu ni dah 2 kali ada org belanja makn. sampaikan aku pergi kj x perlu pakai duit untuk makan.. puas aku fikir kenapa????
baru aku terfikir mgu lepas aku ada balik kmpg.. aku ada la belanja mak n abah aku makan. siap bagi duit belanja lebih dari biasa la.. selalu aku bagi cuma mak aku je tiap bulan. tapi mgu lepas aku ada bagi abah aku happy je dia.. munkin sebab tu kot rezeki aku murah. aku pun x pasti dan cuba google. YES betul tangapan aku.. bagi mak ayah duit pun ibarat sedekah dari kita.emmm ya allah besarnya kuasa mu ya allah.. sedih ehhh hahah

so kt sini aku cuma nk ckp kalu niat kita murni insallah allah .. allah tu akan perkenan kan kemurahan rezeki pada kita ye.. baru aku sedar dan sekarng ni cuba muhasabah diri dan lebih ikhlas dlm bersedekah. x perlu ragu 2 lagi ye bila nk bersedekah..

ok la tu je aku nk cerita pasal power of sedekah.. hope korang enjoy reading..... tata



                                                                          END



Khamis, 3 September 2015

TAKZIRAH DI HARI JUMAAT... AKU PENDOSA

salam everbodyyyy..

morning hari ni dah jumaat kan.. alhamdulilah kita masih bernafas dgn izinnye.. hari ni kite nk kongsi takzirah sikit .. insallah tiap jumaat akan ada takzirah untuk peringatan kita bersama ye.. itu je nk tulis renung renungkan dan selamat beramal...



image
 
Ertinya:
“Ya Allah, kami mohon kepada-Mu akan keselamatan dalam agama, kesihatan dalam badan, bertambah dalam ilmu, keberkatan dalam rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan keampunan sesudah mati. Ya Allah, ringankanlah kami ketika sakratul maut, dan selamatkanlah kami dari siksa api neraka, dan mendapat keampunan di hari perhitungan amal. Ya Allah Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu. Kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah. Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab siksa neraka”.
Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ini selalunya dibaca selepas selesainya solat. Jika kita menghayati doa ini, ianya boleh dijadikan tip/spesifikasi untuk kita memilih jalan kehidupan kita ala Rasulullah SAW.
1. Salamatan fiddin – keselamatan dalam agama.
Pilihan yang kita buat haruslah untuk menjaga keselamatan dalam agama yang kita anuti. ISLAM, satu-satunya agama yang diterima dalam kehidupan ini. Kita masih boleh mendalami hal ehwal agama Islam dengan kemudahan yang disediakan, masih boleh beribadah dengan aman, masih boleh menutup aurat tanpa sebarang tentangan, masih boleh menjauhi yang haram dan menjalankan yang kewajipan, termasuk untuk berdakwah.
2. Afiyatan fi jasadi – kesihatan tubuh badan
Pilihan yang dibuat harus mampu menjaga kesihatan tubuh badan kita. Menjauhi segala makanan yang boleh membuat diri kita hilang keupayaan sedikit demi sedikit untuk beribadah dengan sempurna. Ini juga termasuklah menjauhi makanan dari unsur-unsur riba dan haram.
3. Ziyadatan fi ilmi – bertambah dalam ilmu
Pilihan kita itu biarlah meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kita. Kita bergaul atau bekerja tidak untuk makin bodoh. Jadi pilih lingkungan kerja atau pergaulan yang meluaskan wawasan maupun ilmu kita, sebagai bekal amal soleh kita. Kerana tiada amal kecuali dengan ilmunya.
4. Barakatan fi rizqi – keberkatan dalam rezeki
Pilihan itu harus membawa berkah dalam rezeki seharian kita. Rezeki kita itu bukan hanya meliputi material sahaja malahan segala-galanya seperti menghirup udara yang segar, suasana aman dan tenang, suami/isteri dan anak-anak yang soleh/solehah yang dapat menyambung legasi kita dengan doa-doa yang boleh mengurangkan azab atas dosa-dosa kita dengan Allah SWT.
5. Taubatan qablal maut – taubat sebelum mati
Pilihan itu haruslah memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki diri dan bertaubat. Allah SWT tidak pernah sekali-kali menutup pintu taubatNYA untuk hamba-hambanya memohon keampunan atas dosa-dosa yang pernah mereka lakukan.
6. Rahmatan indal maut – rahmat ketika mati
Jalan yang kita pilih seterusnya, biarlah jalan yang memberi kita rahmat apabila mengadap kematian. “Kullu nafsin za iqatul maut – setiap yang bernafas, akan merasai mati”. Apabila sampai waktu kita dipanggil mengadap Ilahi, biarlah kita dalam keadaan bersedia dan semoga kematian itu tidak mendatangkan kesakitan kepada diri kita.
7. Wamagh firatan ba’dal maut – keampunan sesudah mati.
Biarlah jalan yang kita pilih itu mendapat keampunan dari Allah SWT yang Maha Pengampun atas setiap dosa-dosa kecil dan besar selepas kita dibangkitkan semula di akhirat.
Jika kita perhalusi doa tersebut, apa yang kita jalani dalam kehidupan hendaklah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan diiringi niat yang ikhlas. InsyaAllah akan menemukan kita dengan jalan-jalan kebaikan. Semoga kita semua mendapat kemenangan menerusi pilihan yang kita buat. Sebagai manusia, hisab baik atau buruk, berkah atau tidak, tentu saja kita tidak dapat mengukurnya kerana itu adalah ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tetapi kita mampu meneruskan kehidupan berpandukan hukum syariat yang telah ditetapkan olehNYA.
Wallahu ‘alam.


                                                                     END

Kurus Jgn Tak Kurus...

salam.. hehehhe
 
ni entry last untuk hari ni.. simple je tau.. tips untuk kurus.. saje kongsi dgn korang.. I kan syg korang. mudahan berguna untuk kita... selamat mencuba.. tatatatatattata
 
 
 
10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:
 


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.


Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.


2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.


Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.


3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.


Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.


4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.


5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.



6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.


Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)



Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.


7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.


8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.


9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.



Sebagai contoh:


Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.


Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.



10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.



Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.



Selamat Mencuba!
 
                                                              END


Read more: http://petuasejagat.blogspot.my/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html#ixzz3kfhWLEd1

Drama Korea Yg Menjadi Pujaan Hatiku

The Gang Doctor
Assalamualaikum,,,,

wah mcm mimpi je hari ni sampai 3 entry hahahha takpe la ada masa free ni kita update.. bila bz nanti lansng x update kan.. ok nk cerita sikit pasal drama korea yg tgh hit sekarng.. the Gang doctor.. linda memg minat betul drama korea ni.. x kisah la cerita unsur apa pun semua sedap di mata linda hehehh.. lagi lagi kalau hero & heroin comel 2.. lg la mengila hahha.. kalu korang nk tahu rumah linda dari pagi smp malm akan buka chanel korea je tau.. melayu x layan ko.. hahah perasan korea la ni kot huhuhuhu.. jm la layan sinopsis drama ni.. kalu korng minat cuba la tgk malam ni khamis & jumat.. kul 8.55 pm hehehhe syokkk ooooo..

 

Judul : 용팔이 / Yong Pal / The Gang Doctor
Genre : Drama | Romantis | Action | Medis
Jumlah Episode : 16 Episode
Periode Tayang : 05 Ogos 2015 - 24 September 2015
Jadwal Tayang : SBS | Rabu dan Khamis
Pemeran Utama : Joo Won | Kim Tae-hee

Sinopsis The Gang Doctor / Yong Pal

Kim Tae-hyun (Joo Won Kim) adalah seorang doktor bedah yang sangat berbakat. Namun ia memerlukan banyak wang untuk membayar kos perubatan adiknya yang mempunyai masalah dengan buah pinggang. Ia kemudian memutuskan untuk menggunakan identiti Yong-pal dan menawarkan diri untuk menjadi doktor kepada mereka yang memerlukan pengubatan dengan cara diam-diam bahkan meskipun harus berurusan dengan gangster dan orang kaya yang korup.

Dari pekerjaannya sekarang ini membuatnya bertemu dengan Han Yeo-jin (Kim Tae Hee) seorang pewaris konglomerat yang telah lama koma di sebuah hospital. (translate dari bahasa indonesia..maaf kalau ayat terabur..hihi)


cerita ni pasal ubat mengubat macam ni minat la..hihi..sambil sambil tu selit cintan cintun..tak nak la yang romantik sangat..cepat bosan..hihi.. bagi yang berminat nak tengok, boleh la search dekat google web tiveee.com / viki.com dan tempat lain..hihi.. 

gang doctor synopsis, gang doctor image, kim tae hee image, korean drama




sumber : http://www.portalsinopsis.com/2015/07/sinopsis-lengkap-drama-korea-yong-pal.html

Di Hari PersandinganKu......

salam sayang sayang semua...
hari ni nk kongsi sikit pasal di hari persandingan ku.. walaupun dah 8 bulan dah berlalu tapi masih awal lg kan hehehhehe..saje nk buat story mory kt sini heheh.. nasib masa kawin hari tu GST belum ada lg.. kalu x masak la.. I buat kecik 2 je x la besar mana.. ikt bajet dgn hantaran 10 ribu tu aku rasa itu je la yg mampu aku buat.. x kecik n x besar mana.. sedang sedang aje..selalu aku tgk je kawn 2 aku pening masa diaorg nk kawin.. emm baru aku tahu bila dah melaluinye emm naik gila jgk la kepala otak nk fikir.. nasib mak n abah banyak membantu kalu x haru jgk la.. diaorg pun masa tu x sihat mana.. tapi alhamdulilah diaorg x pernah pun merungut kan.. .
 
ada satu kes dlm seminggu nk kawin I mimpi mcm 2 .. I mimpi x jadi kawin la, kena tingal masa nk angkat nikah.. kenduri dah buat tapi x jadi kawin.. korang rasa.. x susah ke hati I . lepas tu mimpi I balik pada ex bf syaitan I tu n tinggalkan bakal suami I pun ada.. isss mcm 2 la mimpi. I pun x fahm jgk kenapa I mimpi mcm tu.. maybe I banyak memikir kot.. emmm entahla.. kadang 2 sampai I rasa betul ke pilihan I ni.. maybe allah nk tunjuk dia bukan lelaki yg baik untuk I. smp I rasa was was plak.. hahhaha tapi gamble je la kawin jgn.. KITA KAWIN NI ATAS NASIB JGK .. if nasib baik kita dapat la suami yg baik dan bertangunjawab.. tapi if nasib x baik korang mendapat la suami YG ....... faham sendiri la ye yg dot dot tu...kadang 2 masa bercinta lelaki ni x tujuk pun perangai diaorg.. lepas kawin baru korang rasa sendiri perangai diaorg.. kita pun sama jgk kan.. xkan tunjk masa bercinta.. lepas kawin baru la korng tunjk kan... I pun mcm tu jgn nk tipu hehheh...
 
tapi I pelik la kenapa lelaki ni masa bujang rajin je kj tapi bila dah kawin senang je berhenti n ddk rumah dan biarkan bini keja.. emmm aku x faham la WHY WHY.. I ada sorang kawan ni dia kawin awal 2 bln dari I. tapi x sampai setahun kawin mengadu kt I masalh rumah tangga.. smp nk lari dari rumah.. salah satu sebab suami x kj.. emm aku pun x faham la WHY bila ada tangungan mls plak kj.. bini plak kena bagi makn pakai semua.. korang rasa.. entah la sebab tu I ckp kita kawin ni atas NASIB jgk...
 
aduh panjang dah membebel.. pantang ada masa panjang nau nau I membebel kan.. so korang tgk je la pic sanding I.. HEHEHH happy jamu mata k.. sila la follow I kalau korang singah sini.. tgk la I still xde follower.. tapi ttp ada pembaca.. kalu korang baik hati follow la akak ye.. baru semangat nk menulis lg.. pleasssss mata ke atas tangan ke bahu sgt hehehhehe...
 
 
cantik x cover I uioillls.. tema puple..
 
 
 
 

masa ni berdebar nk sambt sang suami yg gagah perkasa tu .. malu siooott ramai org tgk..
pandang bawah je hehehh...

 
 
kasi cium sikit.. tangan yeee nk lain nanti malam la hahahhahah



sudah bertemu si jantung hati... senyum malu malu.. kucing kih kih kih



masa ni keras je mcm tiang masing 2.. malu tapi ioilllss buat kering je la.. nk buat apa lg tapi dlm hati happy .. dah dapat laki sape x happy.. heheh



ni la peminat ioillsss peminat cilik je.. org dewasa mana yilek.. hahahh ok la janji ada peminat cilik pun cilik la hahhahah


wow masa ni baca doa nk makn.. mata I dah amm je udang tu.. isss dlm hati kalu dapat makn ddk depan TV tgk korea tanpa ganguan fuhhh nikmatnye....

 
muka nk mintak penampar ni hahhahah lambt sgt nk maknnye..



muka happy la dapat makn .. lepas tu ada plak yg tukang ambik fuhh arah je.. bff kt sebelah tu.. mesti dapat.. awk nk udang, awak nk gulai daging, awak nk ayam golek.. wow mcm princess la laalalalal


 
hantaran kite simple je yobb buat sendiri mcm ni la hhhahh tapi ok la dari xde ni kira ok la cantik jew aku tgk. korang rasa x lawa.. lantokk korang la.. janji I dapat laki hehehhehe,..
 

 
masa ni bagi hamper cabutan bertuah untuk makcik 2 .. kesian penat kot merewang smp 3 hari kt Umah I .. diaorg ni walau dapat besen rm2 je pun dah happy.. janji kita hargai pertolongan diaorg kan...besar jasa diaorg untuk kenduri I.. x terbalas ..kerana mereka la semua tetamu I dapat makn.. sedap plak tu .. alhamdulilah semua ckp xde kekurangan.. berlebih n boleh bawak balik lg.. alhamdulilah..
 



comel je makcik ni siap salam cium cium I lg happy bebenor makcik ni.. I pun happy jgk boleh buat diaorg happy hehheh.. kita sama 2 happy la ye makcik...



ni kawan I masa kecik.. di apik ibu ibu mengandung.. amik berkat tapi smp skrg emm belum melekat lg.. xde rezeki lg.. takpe la allah belum beri.. kita tgu la sambil usaha ye.. insallah



mak mertua n ayah mertua yg best in da world.. alhamdulilah mereka ni baik baik aje.. xde la mcm mak mertua tiri heheheh baik sgt I oillsss selalu dtg makn je kalu balik kampg.. x tolong sgt masak..segan lg heheheh.. basuh pingan je la kj I hehehhe..




family belah mertua ni pun ada lg.. x semua dtg..


 
I amik pic I yg paling comel n kurus tau.. yg lain semua mcm tambun.. kih kih kih oohh ramai yg salah fahm ckp laki I kacuk mamak.. tidak ye dia original Kelantan cmpr Johor ye.. xde kena mengena dgn mamak peneng tu huhuhu..
 



ni pic I yg paling kurusss...kurusssssssssssss kan hehehehe ni ye la satu yg nanpak kurus.. yg lain emmm boleh la...


 
ni masa org ramai dah balik.. baru I berani nk amik pic pakai gaun n rambut palsu huhuhuhu...cantik ke idokkkkk..
 


 
 
family I ni pun x tahu mana lg.. separuh je yg lain lesap.. x tahu pergi mana menyorok kot.. ye la dah penat kan.. kj kenduri kawin ni bukan senag ye..penatttttt..
 

 
sebab kami ni berdua anak felda.. so tema kita adalah kelapa sawit hahahhaah aku pun x tahu kenapa aku nk amik pic kt sini.. sebab aku dah malas dah masa ni nk g mana 2, ni je paling dekat dgn rumah.. kita layan felling feling kt sini dah la ye...masa ni kepala dah ingat nk tido je....
 

 
rumah ioills yg atap hijau tu ye... kt tayar pun jadi.. hehehhe lantokkk



ni la pelamin I simple je kan.. lantokk la janji ada dari takde kan.. tapi dlm pic lawa je hehhehe boleh la dah bajet kan mcm ni je la dapatnye...


 
anak buah yg terpaling syg.... tapi dia x sayang I asyik nangis je.. nk jentik je hidung tu hahahha
 

 
so itu je la coretan I pasal wedding I ni.. nanti kita sambg entry lain plak ye... I penat la menaik.. sejam jgk arr ddk depan PC ni.. hope korang ENJOY.. jgn lupa pesan I tadi.. follow la I  ye..pleasss paksa ni tau...
 
 
END

Rabu, 2 September 2015

CERITA HANTU DI HARI KHAMIS MALAM JUMAAT

Hlooooo salam semua,

hari ni dah khamis kan malam jumaat lg.. selain malam yg bermakna untuk laki bini, tapi khamis jgk la ingatkan kita tentang momok kan... huhuhuu aku suka sgt dgn cerita hantu.. horror movie.. tapi lepas tu ko tgu la 3 hari baru nk lupa beb..mula la malam masa nk tido aku check bawah katil, dlm almari semua. nk pergi tandas pun ya allah punye la takut huhuhuhu... aku memg di besarkan dgn rekaan hantu dari nenek moyang dulu.. lepas magrib je corform hantu ada kt luar rumah.. sebab tu la x pernah jalan malam 2 beb takut momok punye pasal.. senyap sendu je dlm rumah.. tapi aku pelik bdak 2 zaman sekarg .. xde ye nk takut kadang 2 aku balik kj kul 10 still ada lagi kt kawasan perumahan aku tu duk main 2 kejar 2.. x faham aku. yg aku ni nk ke belakang rumah pun takut giler..
ok la jom la aku bagi cerita seram kt korang.. bagi aku seram la.. bagi korang aku x tahu hehheh..
so sila la bace ye..  ENJOY


Pencekik darah     
 
Kilauan petir sekali-sekala menerangi suasana kampung Coh Ulu itu. Awan tebal berkepul-kepul berarak-arakan di langit menutup segala cahaya di langit, menambahkan lagi kegelapan malam itu. Angin kencang menderu-deru menambahkan kebimbangan penduduk kampung. Tidak ada seorangpun penduduk yang masih berada di luar rumah. Kesemua mereka sudahpun berada di dalam rumah, berlindung daripada ancaman ribut yang akan melanda. Hanya sekali-sekala sinaran pelita berkelip-kelip menembusi celah-celah papan dinding rumah melintuk dikuis angin. Seluruh kampung Coh Ulu sunyi sepi bagaikan dilanda geroda.
Dalam kegelapan malam itu bunyi enjin kereta pacuan empat roda meraung membelah kesunyian malam itu. Bagaimanapun tiada siapa yang keluar menjenguk, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing ataupun ....? Sebuah kereta jeep kelihatan terhuyung-hayang merendah kegelapan malam, lampu hadapannya menyinari jalan berlopak dengan cahaya lesu yang suram. Ia merentas kampung itu sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah yang serdahana besar. Seorang pemuda yang kelihatannya dalam lewat empatpuluhan melompat keluar sambil memegang sebuah lampu suluh berkuasa tinggi dan satu beg galas. Dia merenung ke langit dengan muka yang berkerut sebelum menguncikan keretanya.
Setelah itu dia berjalan ke tangga rumah dengan berhati-hati dengan bantuan cahaya lampunya. Selepas menanggalkan kasut di tangga, dia menjinjing kasutnya dan melangkah menaiki tangga sehingga ke muka pintu. Dengan suara yang kuat dia memanggil "Ada sesiapa di dalam?", agar suaranya dapat didengari, mengatasi bunyi guruh yang sambung-menyambung itu. Sebaik sahaja dia memanggil, terdengar bunyi lantai berkiut dipijak seseorang, tetapi pintu masih belum terbuka. "Pak
Astoroth, Ooo Pak Astoroth. Saya ini. Kamat." Dia memanggil sekali lagi dengan suara yang lebih keras sedikit, barulah ada bunyi suara orang menjawab kedengaran.
"Oh engkau Kamat.", bunyi suara orang menjawap. Serentak dengan itu pintu depan dibuka dan seorang lelaki yang separuh umur menjengukkan kepalanya keluar dan segera menjemputnya masuk. Sebaik sahaja dia masuk, dengan segera pintu ditutup dangan cepat dan dikunci. Kamat mengerutkan mukanya sambil meletakkan kasutnya yang lecak ke tepi pintu. Bau kemenyan dibakar tajam mencucuk-cucuk hidungnya."Kenapa ini Pak
Astoroth? Panggil saya pulang tergesa-gesa begini? Macam orang takut sahaja? Ada berita baik ke?"
Pak
Astoroth hanya tersengih-sengih "Tidak ada apa-apa, tidak ada apa-apa. Nantilah aku beritahu . Duduklah dahulu. Engkau akan lama berada di sini?"
Kamat tersengih sebelum duduk bersila di tempat yang ditunjukkan. "Saya perlu balik segera ke bandar nanti. Ada urusan yang belum selesai. Bagaimana Pak
Astoroth? Dapat ke barang yang saya minta itu? Kalau betul, saya akan berikan berapa sahaja Pak Astoroth mahu."
"Bagus-bagus", jawab orang tua itu sambil terbatuk-batuk kecil. Dia mencapai dian di tengah bilik lalu masuk ke dalam suatu bilik kecil yang tertutup rapi. "Payah juga aku mendapatkannya. Tetapi sekarang aku sudah dapat...." ujarnya. Kamat terpaksa menurut sahaja kerana hanya cahaya dian itu menjadi penerang rumah itu. Dia memasuki bilik kecil itu dengan hati yang berdebar-debar. Impiannya akan terlaksana. Akan puaslah hatinya apabila apa yang diimpikan olehnya tercapai nanti.
Orang tua itu duduk bersila di tepi dinding bilik mengadap satu bungkusan kain hitam yang terletak di dalam talam di tengah-tengah bilik. Kamat terpaku, matanya tertumpu kepada bungkusan itu. "Itulah yang engkau inginkan." suara garau lelaki tua itu memecahkan angan-angannya. Kamat tersentak. "Aku mahukan dua puluh ribu untuknya." Kamat pura-pura tersentak, "Apa, Pak
Astoroth gilakah meminta wang sebanyak itu daripada saya." dia bertanya.
Pak
Astoroth hanya tersenyum, "Aku sendiri yang memotongnya untuk engkau. Aku sendiri yang memujanya selama sebulan ini untuk engkau. Sekarang sudah patut engkau membayar aku wang sebanyak itu. Atau engkau mahu melakukannya sendiri?"
"Bagaimana saya tahu ia benar-benar berhasil. Bagaimana jikalau Pak
Astoroth membohongi saya." tanya Kamat ragu-ragu.
"Jangan bimbang. Apa yang engkau inginkan sudah berada di hadapan kamu. Tidak mungkin aku membohongi kamu." kata orang tua itu sambil menambah kemenyan ke dalam dupa di hadapannya.
"Baiklah" kata Kamat, nekad. "Ajarkanlah saya kuncinya, dan saya akan berikan wang sebanyak yang Pak
Astoroth minta."
Orang tua itu tersenyum girang. Segera dia membuka bungkusan kain hitam itu. Bau busuk menerpa ke hidung Kamat, tetapi dia tidak menghiraukannya. Matanya terpaku kepada benda yang terletak di dalam talam itu. Berderau darah ke mukanya apabila dia menyedari benda itu. "Apa ini! Pak
Astoroth!" pekiknya.
Orang tua itu hanya tertawa. "Yang engkau mahukan... pastinya engkau dapat. Sekarang sudah terlewat untuk engkau berundur. Duduklah! Akan aku ajarkan cara menyerunya."
Kamat terduduk lemah. Benda yang kecut di dalam talam itu mengejutkannya. Dia tertunduk lemah. Orang tua itu tidak menghiraukan keadaan Kamat. Dia terus mengajar petua-petuanya. Tidak lama kemudian barulah Kamat dapat mulai membetulkan tubuhnya dan mula menghafal ayat-ayat yang diajari itu.
Sebentar kemudian orang tua itu membungkuskan semula bungkusan kain di dalam talam itu. "Sekarang ia akan turut pada perintah kamu." katanya. "Mana wang aku. Jangan cuba menipu aku. Katanya keras. "Rumah ini sudah aku pagarkan, dan tidak mungkin apa-apa dapat menembusinya. Haa... Haa... Haa..."
Kamat membuka beg galasnya dengan longai. Dia mengeluarkan beberapa berkas wang tunai dan menghulurkannya kepada orang tua itu yang tertawa kegirangan. Kamat terus mencapai bungkusan itu dan keluar tanpa menghiraukan orang tua itu yang terpinga-pinga apabila diberikan wang yang lebih daripada yang dimintanya. Tetapi hanya seketika. Bunyi ketawa memecah keheningan malam. Kamat tidak mempedulikannya. Dia terus menerpa keluar ke keretanya tanpa menghiraukan air hujan yang jatuh menimpa tubuhnya.
Di dalam kereta, dia terduduk lesu. Sejenak itu, dia mengeluarkan bungkusan kain hitam itu dan meletakkannya berhati-hati ke tempat duduk di sebelahnya. Dia membuka bungkusan itu dan mula mengamalkan petua yang dipelajarinya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu tersilap, kerana jika tersilap nahas jadinya.
Sementara itu orang tua itu segera menguncikan pintu rumahnya. Duit yang berkepal itu di pegangnya dengan girang. "Haa... Haa.. Haa.." Dia merasa begitu gembira. Dia akan pindah besok agar tidak ada sesiapa pun dapat mencarinya walaupun Kamat. Terutamanya Kamat. Siapa tahu kalau-kalau....
Tidak beberapa lama dia mendengar suara orang memanggilnya, sayup-sayup di sebalik bunyi guruh. Berhati-hati dia membuka pintu rumahnya. Dia dapat melihat Kamat duduk mencangkung di tepi roda keretanya. "Tolong saya Pak
Astoroth. Kereta saya pancit. Bolehkah Pak Astoroth tolong pegang lampu suluh ini sementara saya tukarkannya."
Dia teragak-agak. Air muka Kamat berubah seolah-olah bimbang. "Saya akan berikan Pak
Astoroth wang jika Pak Astoroth bantu saya."
Hati orang tua itu berbelah-bagi. Wangnya sudah banyak tetapi .... sedikit lagi.... hanya dengan memegang lampu suluh. Pemuda itu begitu pemurah ,memberikannya wang lebih daripada yang dimintanya tadi. Sekarang, sekiranya dia membantu......
"Baiklah", katanya sambil melangkah turun. Kamat menghulurkan lampu suluh itu kepada orang tua itu sambil berjalan ke belakang kereta untuk mengambil roda pengganti. Pak
Astoroth menyuluh roda kereta Kamat. Dia tidak nampak apa-apa yang silap dengan roda itu. "Kamat, betulkah engkau ini. Roda ini baik sahaja aku lihat." katanya sambil menyuluh ke arah roda itu.
Satu bayangan melintas di atas kepalanya lalu hinggap ke atas pokok
durian yang berhampiran. Secara tiba-tiba sahaja bulu romanya berasa tegak. Segera dia menyuluh sekitar kawasan itu. "Kamat, Kamat, di mana engkau. Jangan engkau bergurau dengan aku. Nanti engkau menyesal."
"Percayalah Pak
Astoroth, saya tidak akan menyesal" suara Kamat keras menerjah ke lubang telinganya. "Kampung ini adalah kampung asal saya. Pak Astoroth mungkin tidak tahu kerana Pak Astoroth baru berpindah ke sini."
Orang tua itu terpinga-pinga. Memang benar dia baru berpindah ke kampung itu setahun lalu. Tetapi sememangnya dia selalu berpindah-randah kerana tidak mahu orang mengetahui tentang pekerjaannya itu. "Jadi, kenapa dengan itu." tanyanya garang. "Engkau jangan lupa aku ada pendindingnya." tambahnya lagi.
Kamat tertawa berdekah-dekah. "Benar. Pak
Astoroth memagar rumah Pak Astoroth. Tetapi sekarang Pak Astoroth bukan berada di dalam rumah.... Pak Astoroth berada bersama saya di tanah."
Orang tua itu tersentak mendengarkannya. "Jadi sekarang engkau mahu wang engkau kembali. Begitu?" soalnya kembali.
"Oh.. tidak... tidak sama sekali. Wang itu sememangnya saya ingin berikan kepada Pak
Astoroth. Sememangnya Pak Astoroth handal. Ia betul-betul berkesan." kata Kamat keras.
"Nah! ambil duit engkau ini kembali." unjuk orang tua itu ke arah Kamat. "Ambillah... Ambillah... Kalau engkau tidak mahukan duit ini kenapa engkau buat aku begini?"
Kamat melangkah dari kegelapan malam itu ke dalam pancaran lampu suluh orang tua itu. "Ini adalah kerana kepala manusia yang engkau penggal itu adalah kepala ibu kandungku, mengerti?"
"Tolonglah, aku tidak tahu hal itu. Jangan.. Jangan.." rayu orang tua itu terketar-ketar.
Kamat hanya mendiamkan dirinya. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan seketika itu juga satu lembaga terbang dari pokok berhampiran ke arah orang tua itu sambil tertawa mengilai-hilai.
"JANGAN! JANGAN! JANGAnnnnn......" pekik orang tua itu sambil berusaha melawan lembaga yang mengomolnya. Lampu suluh yang dipegangnya itu tercampak ke arah Kamat. Dia dapat merasakan jari-jemari lembaga yang panjang itu memberkas tubuhnya sehinggakan dia tidak berdaya untuk meronta lagi. Muka lembaga itu yang hodoh disuakan hampir ke mukanya, menampakkan sepasang taring putih panjang yang berkilat. Dia terkaku, tahu akan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Mulut lembaga itu ternganga luas.
Tiba-tiba orang tua itu seperti mendapat satu tenaga baru. Dia mulai meronta-ronta keras. "Tolong..., tolong.... Aku tidak mahu mati... Aku tidak mahu mati..." dia meraung. Bunyi petir berdetum secara tiba-tiba menenggelami suaranya itu.
Kamat berdiri diam sahaja melihatkan lembaga itu menggomol orang tua itu. Duit yang bertaburan di tanah tidak dihiraukannya. Bunyi raungan orang tua itu terus bergema dalam kegelapan malam disambut oleh bunyi petir yang berdentum-detam. Lembaga itu terus mengomol orang tua itu yang terus meraung kesakitan, tetapi Kamat hanya membiarkan ia sahaja sehinggakan sebentar kemudian raungannya beransur sepi dalam kegelapan malam itu.... Tidak lama kemudian, secara mengejut kepala orang tua itu tercabut daripada tubuhnya lalu terpelanting jauh ke udara. Setelah itu barulah lembaga itu kemudiannya terbang sambil mengilai-gilai lalu ghaib di dalam kegelapan malam itu.
Kamat tunduk untuk mengambil lampu suluh kepunyaannya yang terjatuh berhampiran dengan kakinya dan melangkah longlai ke dalam keretanya sebelum beredar dari situ. "Maafkan saya mak... Bukan ini yang saya inginkan." bisiknya sambil menutup bungkusan disebelahnya sambil mengesat air matanya yang mengalir deras. " Kematian mak sudah saya balas......"
 

ok korang seram x hahhaha.. kita up pic hantu sekali.. ni hantu comel maya Karin kot hahhahahah
ok la nk chau dulu.. nanti update lg bini senang .. bye


                                                                       END
 

HOLIDAY SABAH SEBELUM GEMPA BUMI

 
 
salam amboi banyak masa hari ni update sampai 2 entry ehehe .. sibukk sgt tapi entry ni dah buat lama dah.. saje simpan dlm draff bagi jadi tapai dulu.. emmm entry kali ni nk cerita pasal holiday g Sabah hari tu.. emmm masa tu belum gempa bumi lg.. so aman je la pergi hehhehe..plan nk g Sabah dah lama.. tgk blog bloger lain mcm best je kan.. masa ni I bujang trang trang lg tau.. lg 2 baru lepas putus cinta dgn lelaki syaitan tu huhu sorry ayat agak kasar di situ.. naik gila jgk la masa tahu dia curang tu..drive dari kl  ke  terenganu mcm drive dari klang ke shah alam je la yobb.. dgn hati membara hahahha.. biasa la zaman muda emosi x leh kawal ye cik adik sekalian..bawak myvi mcm perlesit hahahha punya la laju smp kena saman.. bila fikir balik mcm bodoh je dulu sebab jantan jadi mcm tu huhuhu... yg jantan tu plak sedap je kuar dgn betina tu.. emmm yg aku duk menangis , merayu semua pakej lengkap la.  hahhahah BODOHHHH sgt rasa... dah kenapa aku ni dah melencong ni..kn nk cerita pasal Sabah.. ok jm kita tgk pic .. pah tu aku cerita sikit 2 je tau.. panjng nanti jenuh plak korng baca.. korang bukan suka pon baca ni kan.. scroll pic je kan hehehhe...baik ngaku cepat kalu x I report polis...
 
 
ni pic dekat mall berdekatn hotel.. pic hotel xde ye.. aku lupa nk amik.. kalu x silap aku nama hotel tu kalangan hotel aku rasa la.. lupa dah yobb.. semalm dlm rm275 . masa aku g ni kongsi 3 org so korang kira la sendiri yee.. kak bedah..malas kira lantok la...
 
 
 

hari pertama kita g umah terbalik .. bagi aku ok la semua terbalik itu je pon nk tgk.. tapi x boleh amik pic kalu masuk dlm rumah tu.. aku pun x faham kenapa.. staf kt situ ckp pantang larang.. so ikt je la . x ikt kang kena halau la plak kan huhuhu


ni la rupanye.. rumah terbalik tu yobb..


 
 
sebelum masuk posing dulu.. era fazira dgn gong hheheeh




ok pic ni aku amik rambang je .. main amik je ni la gunung kinabalu itu.. sepanjng kt Sabah ni sejuk je aku rasa... best n segar sgt huhuh


 
 

tempat ni aku lupa la nama dia.. tapi tempat dia banyak lembu susu tu la. yg warna hitam n putih tu.. ala lupa la nama tempat ni.. maafkan kakak ye.. hihihi tapi tempat dia cantik giler mcm kt luar Negara cik bedah sejuk smp ke tulang .korang tgk je la pic kt bawah ni ye..













 

 
ok dah penat berjalan.. makan time.. kt Sabah ni org ckp seefood dia murah.. so apa lg kita makan seefood je la.. jom tgk pic aku makan apa malam first kt Sabah ni.. ni aku makan kt belakang hotel je. nama dia pasar Filipina kot.harga makanan agak mahal la.. seafood dia je yg murah.. tapi kalu makn nasi campur agak mahal la bagi aku.. korang aku x tahu la kan.. kot kalu sorang makn rm30 tu korng rasa murah.. lantok korang la ..jm tgk pic yg sempt aku snap..
 
ikan yg warna warni..


ketam yg segar segar
 
lobster sekor yg ni dlm rm180 dapat orfer.. tapi aku x makan pon mcm mahal je.. aku kan g dlm keadaan bajet hihihi pergi ramai kalu amik sekor je lobster ni.. sorang secubit je kot dapat.. kih kih


udang ni aku amik la nk rasa udang besar.. emm sdap jgn la.. tapi isi dia mcm keras sikit.. maybe sebab dia besar kot. tu yg keras sikit tu isi dia..



ni udang apa entah x makan pun geli aku tgk.. mcm ulat je .. x sangop nk makn huhuhu



 
 
ok ketam tadi buat masak masam manis je.. sedap rasa dia masam + manis hahahhah

 
tomyam campur yg cuma banyak sayur je .. x sedap
 

 
ni paling best udang bakar sambal..perah limau sikit wow lumayan.. walau isi keras sikit.. sedap jgk la layan huhuhu


telor dada ehh dadar la emm sedap rasa telor..


kerang bakar ni best jgk cuma sos dia agak tawar bagi aku la..


ok abis cerita makn hari ke dua pergi zoo je kt Sabah ni.. jm layan pic kt bawah..



sila abaikan badan montel di situ .. sila focus gajah di belakang ye..




 
sila focus rumput di belakang itu..

 
anak pak arab yg suka pandang aku.. comel hehhhe


ular show




org utan yg comel , gendut , pemalas lengkap 1 pakej bagi dia hahhaha






 
menara condong kot.. entah lupa dah aku hihihi




 
masjid terapung Sabah..







ok tu je la korang. aku dah penat menaip ni.. nanti kita sambg next entry lg ye, kope enjoy la enty aku yg merapu ni.. k bye korang




                                                                         END