Khamis, 3 September 2015

TAKZIRAH DI HARI JUMAAT... AKU PENDOSA

salam everbodyyyy..

morning hari ni dah jumaat kan.. alhamdulilah kita masih bernafas dgn izinnye.. hari ni kite nk kongsi takzirah sikit .. insallah tiap jumaat akan ada takzirah untuk peringatan kita bersama ye.. itu je nk tulis renung renungkan dan selamat beramal...



image
 
Ertinya:
“Ya Allah, kami mohon kepada-Mu akan keselamatan dalam agama, kesihatan dalam badan, bertambah dalam ilmu, keberkatan dalam rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan keampunan sesudah mati. Ya Allah, ringankanlah kami ketika sakratul maut, dan selamatkanlah kami dari siksa api neraka, dan mendapat keampunan di hari perhitungan amal. Ya Allah Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami sesudah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu. Kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah. Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab siksa neraka”.
Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ini selalunya dibaca selepas selesainya solat. Jika kita menghayati doa ini, ianya boleh dijadikan tip/spesifikasi untuk kita memilih jalan kehidupan kita ala Rasulullah SAW.
1. Salamatan fiddin – keselamatan dalam agama.
Pilihan yang kita buat haruslah untuk menjaga keselamatan dalam agama yang kita anuti. ISLAM, satu-satunya agama yang diterima dalam kehidupan ini. Kita masih boleh mendalami hal ehwal agama Islam dengan kemudahan yang disediakan, masih boleh beribadah dengan aman, masih boleh menutup aurat tanpa sebarang tentangan, masih boleh menjauhi yang haram dan menjalankan yang kewajipan, termasuk untuk berdakwah.
2. Afiyatan fi jasadi – kesihatan tubuh badan
Pilihan yang dibuat harus mampu menjaga kesihatan tubuh badan kita. Menjauhi segala makanan yang boleh membuat diri kita hilang keupayaan sedikit demi sedikit untuk beribadah dengan sempurna. Ini juga termasuklah menjauhi makanan dari unsur-unsur riba dan haram.
3. Ziyadatan fi ilmi – bertambah dalam ilmu
Pilihan kita itu biarlah meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kita. Kita bergaul atau bekerja tidak untuk makin bodoh. Jadi pilih lingkungan kerja atau pergaulan yang meluaskan wawasan maupun ilmu kita, sebagai bekal amal soleh kita. Kerana tiada amal kecuali dengan ilmunya.
4. Barakatan fi rizqi – keberkatan dalam rezeki
Pilihan itu harus membawa berkah dalam rezeki seharian kita. Rezeki kita itu bukan hanya meliputi material sahaja malahan segala-galanya seperti menghirup udara yang segar, suasana aman dan tenang, suami/isteri dan anak-anak yang soleh/solehah yang dapat menyambung legasi kita dengan doa-doa yang boleh mengurangkan azab atas dosa-dosa kita dengan Allah SWT.
5. Taubatan qablal maut – taubat sebelum mati
Pilihan itu haruslah memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki diri dan bertaubat. Allah SWT tidak pernah sekali-kali menutup pintu taubatNYA untuk hamba-hambanya memohon keampunan atas dosa-dosa yang pernah mereka lakukan.
6. Rahmatan indal maut – rahmat ketika mati
Jalan yang kita pilih seterusnya, biarlah jalan yang memberi kita rahmat apabila mengadap kematian. “Kullu nafsin za iqatul maut – setiap yang bernafas, akan merasai mati”. Apabila sampai waktu kita dipanggil mengadap Ilahi, biarlah kita dalam keadaan bersedia dan semoga kematian itu tidak mendatangkan kesakitan kepada diri kita.
7. Wamagh firatan ba’dal maut – keampunan sesudah mati.
Biarlah jalan yang kita pilih itu mendapat keampunan dari Allah SWT yang Maha Pengampun atas setiap dosa-dosa kecil dan besar selepas kita dibangkitkan semula di akhirat.
Jika kita perhalusi doa tersebut, apa yang kita jalani dalam kehidupan hendaklah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan diiringi niat yang ikhlas. InsyaAllah akan menemukan kita dengan jalan-jalan kebaikan. Semoga kita semua mendapat kemenangan menerusi pilihan yang kita buat. Sebagai manusia, hisab baik atau buruk, berkah atau tidak, tentu saja kita tidak dapat mengukurnya kerana itu adalah ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tetapi kita mampu meneruskan kehidupan berpandukan hukum syariat yang telah ditetapkan olehNYA.
Wallahu ‘alam.


                                                                     END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan